Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 10 November 2012

Ada akaun pelaburan ka..dalam Takaful?

Pembahagian Caruman

Setiap peserta yang menyertai pelan Takafulink akan mempunyai dua jenis akaun yang mana setiap caruman peserta akan dibahagi dan dipecahkan kepada dua akaun ini:

i) Akaun Pelaburan Peserta (PIA) – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fi atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.

ii) Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) – PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru‟ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru‟ ini dikenakan melalui Akaun Pelaburan Peserta (PIA) kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA).