Antara kelebihan pelan Takafulink ini ialah:
i) Peserta boleh memberhentikan caruman bulanan atau tahunan dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Perlaburan Peserta (PIA) cukup untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)*.
ii) Peserta boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam dana Akaun Perlaburan Peserta (PIA)*. Walaubagaimanapun, amaun pengeluaran minimum dan baki minimum ini berbeza mengikut apa yang ditawarkan pengendali takaful.
iii) Selain itu, peserta juga boleh menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus, kebiasaannya sebanyak RM1000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukan ditolak RM25 adalah disediakan untuk perlaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA)*.
*Berdasarkan produk MAA Takafulink