Kita semua inginkan perkara yang serupa dalam kehidupan. Semasa kecil, kita mahu bahagia, penuh dengan kasih sayang, makan minum terjaga dan dapat bersekolah.
Semasa dewasa, kita mahu kerjaya yang menyeronokkan, mmebina kehidupan bersama pasangan dan anak-anak dengan penuh keriangan. Ketika tua pula, kita mahu bersama pasangan yang masih setia dan anak-anak yang sudah berjaya dalam hidup mereka.
Kita sangka kehidupan ini indah sentiasa. Kita sangka langit itu cerah sentiasa tetapi hakikatnya, realiti kehidupan adalah sebaliknya.
Bila kita sakit, kos rawatannya sangat mahal sehingga tak mampu kita menanggungnya.
Bila hilang keupayaaan untuk bekerja, kita tiada wang untuk tampung sara hidup harian.
Dan yang paling teruk, bila meninggal dunia, pendapatan kita juga turut mati bersama,meninggalkan keluarga kita dalam keadaan hidup yang sengsara.
Adalah jelas kehidupan manusia itu penuh dengan ketidakpastian. Apa-apapun boleh berlaku kepada diri kita.
Takaful - Idea Bijak Ciptaan Manusia
Masyarakat kita memerlukan "sesuatu" yang boleh MEMBERI KEPASTIAN dalam hidup mereka. Mereka mahukan suatu JAMINAN ke atas MASA DEPAN mereka.
Persoalannya - siapakah yang boleh memberi JAMINAN kepada kehidupan dan masa depan mereka? Ibu bapa? Adik beradik? Kenalan rapat? Jiran sebelah? Saudara mara? Majikan? Badan Kebajikan? Jabatan Agama?Jemaah masjid?
Cuba anda tanya mereka, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri anda, sanggupkah mereka beri jaminan kepada anda sekarang juga, yang mereka akan menanggung perbelanjaan harian anda sekeluarga?
Sanggupkan mereka memberi jaminan kewangan sebanyak mana yang keluarga anda perlukan? Dalam realiti hari ini, tiada seorang pun sanggup. Percayalah!
Bagi menjamin kehidupan dan masa depan keluarga anda, hanya satu pihak yang BERANI MEMBERI JAMINAN KEWANGAN kepada anda sekarang juga, iaitu TAKAFUL.
Sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan walaupun baru sehari membayarnya, syarikat takaful perlu membayar pampasan yang dijanjikan kepada keluarga anda. Ini membuktikan bahawa "jaminan kewangan" yang diniagakan itu wujud dan telah diserahkan kepada peserta ketika pembayaran pertama dibuat.