KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN BROSHUR
Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic 200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.
Kelayakan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Tiada Co-Takaful untuk Umur 17tahun dan ke atas ko-takaful bermaksud caj-bersama yang dikenakan ketika warded ke dalam hospital. Biasanya syarikat insuran/takaful yang lain akan cover 90% daripada total bil hospital, bakinya pesakit akan tanggung kos 10%.
Jika total hospital bil anda berjumlah RM 4500, anda terpaksa bayar cash / swipe credit card RM450(10%) semasa check-out. bukankah ini sedikit sebanyak agak membebankan pesakit? walaupun saya pasti anda telah add-on rider elaun harian hospital, tetapi anda aware tak yang
rider ni bukan free, tapi dikenakan tabarru' (service charge) yg semakin tinggi mengikut usia ?
Dengan Smart Medic 200, anda tidak perlu lagi mengeluarkan extra cash apabila masuk wad. 100% bil akan ditanggung oleh MAA Takaful selagi mengikut terma & syarat kontrak. sila rujuk pada bahagian NOTA paling bawah entri ini atau hubungi saya untuk info lanjut :-)
Unlimited Lifetime Limit
Ya. Smart Medic tidak mempunyai had seumur hidup. Cuma penggunaan tertakluk pada had tahunan sahaja.
jika anda subscribe Smart Medic 200 PELAN 2 pada 1 Mei 2013, had tahunan anda ialah RM100,000. Definasi Tahunan ialah dari 1 MEI 2013 hingga 1 MEI 2014.
Kad Perubatan 'Mampu Milik'
dengan kemampuan anda untuk perlindungan yang optimum. Sila rujuk jadual di bawah.
Kemasukan ke Panel Hospital Menjadi Lebih Mudah
Anda cuma perlu tunjuk kad perubatan anda di kaunter hospital danpihak mereka akan auto-link dengan MAA Takaful untuk cek sama ada kad anda 'aktif' atau tidak. Kalau semua cun, anda akan diwadkan ke bilik yang mengikut pelan yang diambil. terdapat 94 panel hospital di seluruh negara.
Jaminan Pembaharuan
Guarantee renewal hingga umur 80 tahun. Maksud guarantee renewal ialah jika anda mula memiliki Smart Medic pada 2009, pada 2010 anda dimasukkan ke hospital akibat kanser. anda menggunakan Smart Medic 200 untuk rawatan dan pembedahan. pada tahun 2011, pihak takaful wajib cover segala kos rawatan perubatan baru yang berkaitan dengan penyakit kanser yang anda hidapi pada 2010 lalu tanpa sebarang sekatan.
Lebihan keuntungan (surplus sharing) pada akhir tahun (jika declare pd tahun itu) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Cool kan?!
Smart Medic 200 adalah produk MAA Takaful
Medikal kad ini adalah produk sepenuhnya dari MAA Takaful. Ini bukan produk third-party. so, anda tak perlu risau kerana kad ini di'back up' oleh MAA Takaful Berhad.
Kad Perubatan 'Stand Alone'
Smart Medic 200 boleh dibeli secara tunggal (Stand Alone) atau ditambah sebagai rider dalam Takafulink. Medikal kad 'Stand Alone' boleh dibeli jika anda telah pun memiliki atau tidak mahu membeli takafulink. Ia juga sesuai pada mereka yang mahukan perlindungan perubatan (medical coverage) mampu milik.
Rasanya takde sesapa pun yang suka bayar income-tax.Alang-alang dah wajib kena bayar tax, better fully utilise tax relief ni,kan? :-)
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun untuk medikal kad.
Info Tambahan
Kad SMART MEDIC 200 dikira Tamat/Batal jika:
- Caruman tidak dibayar lebih dari 31 hari selepas(lapsed) tarikh bayaran sepatutnya.
- Pemegang polisi kad telah mencapai umur 80 tahun.
- Selepas bayaran Khairat kematian.
- Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
- Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).
Pengecualian ( Exclusion )
- Penyakit sedia ada.
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan.Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
- Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
- Peperangan, mogok dan rusuhan(Bersih 2.0).
- Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata.
- Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak.
- Gangguan mental(meroyan) atau saraf.
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
- Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital.
- Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
- Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital.
- Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.
- Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
- Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan,pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa
- penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
NOTA
- Premium bayaran untuk SmartMedic 200 'Stand Alone' tetap perlu dibayar walaupun anda telah disahkan doktor menghidap mana-mana dari 46 Penyakit Kritikal. Hanya Smart Medic 200 yang diambil bersama add-on Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD) dalam Takafulink sahaja boleh waive premium bulanan anda. Please take note ya!
- Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan
- Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
- Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.