Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 11 Ogos 2013

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kenapa anda perlu insurans hayat-TAKAFUL bersama kad perubatan?
                                           
*Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-

keperluan lain.

*Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.

*Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.

*Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.

*Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.

*Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda TIADA HAD (UNLIMITTED)
Terdapat 5 keperluan utama bagi seseorang dalam membuat keputusan untuk mendapatkan pelan Takaful. Klik butang sebelah untuk maklumat lanjut.

1) Mati Terlalu Awal (Dying Too Soon)
​*Melindungi keluarga daripada masalah kewangan akibat kematian tidak dijangka - meninggal dunia pada usia muda.

*Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan adalah ahli keluarga dan orang yang tersayang, terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil.

*Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah.

*Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. *Suami dan ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan suami dan ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful agar dapat meringankan beban yang di tanggung oleh waris yang di tinggalkan.

2) Hidup Terlalu Lama (Living Death)
​*Merancang untuk persaraan - hidup seumpama mati apabila Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD).

*Cuba Kita fikirkan keperluan untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD.

*Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tetapi tiba-tiba mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana untuk teruskan kehidupan.

*Siapa yang akan bantu sekiranya perkara tersebut terjadi? Adakah mak, ayah, adik beradik, saudara-mara akan membantu? *Alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan.

*Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya ditanggung oleh Pihak Takaful.

3) Hilang Keupayaan (Living Too Long)
​*Melindungi diri daripada kerugian pendapatan akibat kecederaan / sakit / penyakit.

*Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita untuk teruskan penghidupan setelah bersara?

*Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda.

*Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan

4) Masa Depan Anak (Child Education)
​*Simpanan untuk pendidikan anak-anak merupakan hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA.

*Tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie?

*Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi.

*Siapa yang ada pilihan, kita atau si anak?  Si anak tiada pilihan sebab ibu ayah yang mempunyai pilihan sama ada untuk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak.

*Saya sedia membantu anda bagaimana menyediakan simpanan pelajaran yang mempunyai ciri-ciri berikut "SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED".

*Melalui plan simpanan pendidikan yang di tawarkan oleh pihak MAA Takaful anda tidak perlu risau dengan simpanan pendidikan anak-anak anda kerana setelah ketiadaan anda (meninggal dunia) atau anda di sahkan mendapat salah satu daripada 46 penyakit kritikal atau di sahkan lumpuh (TPD), simpanan pendidikan anak anda akan di beri percuma yang di tanggung oleh tabung dana Takaful (Tabarru') sehingga umur anak anda mencapai 25 tahun (tempoh matang polisi).

5) Wariskan Kekayaan
​*Bagaimana untuk mewariskan kekayaan? Buatlah simpanan dan pelaburan dengan Plan Insuran Hayat Takaful.

*Setelah kita tiada lagi di dunia ini segala simpanan, pelaburan dan jumlah perlindungan hayat (sum covered) akan diwarisi oleh suami/isteri, anak-anak dan waris anda.

*Sekurang-kurangnya setelah ketiadaan anda, dapatlah mereka (waris) hidup dengan selesa tanpa meminta bantuan dari sesiapa (sanak saudara, badan-badan amal, Baitul Maal, Jab. Kebajikan Masyarakat).

Khamis, 8 Ogos 2013

                         

Salam semua klien-klien yang dimuliakan...

Mohon kemaafan di atas keterlanjuran sekiranya terkasar bahasa, perbuatan yang tidak menyenangkan atau perkara-perkara yang mengguris hati..

Saya Mohd Firdaus Bin Ahmad konsultan MAA Takaful anda, menyusun sepuluh jari mohon kemaafan ZAHIR & BATIN..

SALAM AIDIFITRI..tQ


Ahad, 4 Ogos 2013

Hibah Takaful boleh selesai masalah agihan pusaka

ehsan : http://maxringgit.com/hibah-takaful-boleh-selesai-masalah-agihan-pusaka.html                  

                 

Maklumat ini sangat penting jika anda di kalangan berikut:

  1. ada berhutang
  2. harta sedikit – yang ada hanyalah rumah dan duit KWSP
  3. banyak harta
  4. masih ada ibu dan ayah – yang layak menerima bahagian pusaka
  5. punya lebih daripada seorang isteri
  6. anak-anak masih belum baligh
  7. semua anak-anak anda adalah perempuan
  8. dan lain-lain yang saya mungkin terlupa nak senaraikan
Sesiapa sahaja yang meninggal dunia dan jika dia seorang yang terdiri daripada golongan yang saya senaraikan di atas, akan menghadapi masalah untuk diagihkan harta pusakanya. Oh ya, yang bermasalah sudah tentulah waris-waris yang tinggal. Bab duit ni, ramai akan mengaku waris yang sah, walaupun orang itu buat tak kisah tentang kita semasa kita masih bernyawa. Jika mereka waris yang sah, itu hak mereka dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka mendapat bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak.
Namun, kita boleh merancang untuk mengelak berlakunya kesulitan itu menggunakan instumen hibah takaful. Untuk memudahkan anda memahami konsep ini, saya akan berikan senario untuk permasalahan yang berlaku (berdasarkan kisah benar) dan bagaimana hibah takaful boleh menyelesaikannya.
Kisah En Ahmad (bukan nama sebenar)
En Ahmad seorang eksekutif muda mempunyai seorang isteri dan anak lelaki yang masih kecil. Dia tidak ada banyak simpanan di bank atau ASB. Harta yang ada hanyalah sebuah rumah apatmen dan simpanan KWSP. Malang menimpa keluarga ini bila En Ahmad telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Insurans MRTA dituntut untuk selesaikan pinjaman perumahan, maka selesai hutang. Penama EPF adalah isterinya, jadi tak perlu tunggu lama wang itu pun selamat diterima oleh balu En Ahmad.
Seterusnya fasa masalah bermula.
  • balu En Ahmad tidak faham bahawa semua harta peninggalan arwah suaminya adalah harta pusaka dan perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
  • duit EPF yang tak seberapa itu pun kena agih juga, itu pun setelah dikira harta sepencarian
  • balu En Ahmad hanya layak 1/8 daripada jumlah harta (duit EPF & rumah)
  • Ibu En Ahmad layak dapat 1/8 & ayahnya juga layak 1/8.
  • Yang menjadi masalah ialah tuntutan atas rumah. Kalau duit tunai, mudah nak diagihkan. Tak kan nak jual rumah pula hanya untuk memudahkan urusan agihan. Kalau dijual pun tentulah harganya rendah kerana dijual dalam keadaan terdesak. Balu En Ahmad pun tiada duit untuk menebus bahagian yang dituntut oleh keluarga suaminya.
Dalam kes di atas, nampak seperti ibu dan ayah En Ahmad terlalu ‘berkira’ dan pentingkan diri sendiri kerana menuntut bahagian mereka. Tak kiralah macamana kita kata sekali pun, mereka layak dan berhak ke atas peninggalan arwah En Ahmad. Setakat yang saya tahu, balu En Ahmad ‘berhutang’ dahulu dengan mertuanya. Harap-harap sekarang ni dah selesai perkara ni.
Dalam kes ini En Ahmad bernasib baik kerana dia ada anak lelaki dan harta peninggalannya juga sedikit. Jika melibatkan jumlah yang besar, ia akan bertambah rumit. Jika anaknya itu perempuan, maka ada pula bahagian waris untuk bapa saudaranya.
Penyelesaian jika ada Hibah Takaful.
Ketika peristiwa itu berlaku konsep hibah takaful ini belum ada lagi. Katakan lah perkara ini berlaku sekarang dan En Ahmad pernah menyertai skim hibah takaful (RM62 setahun untuk perlindungan RM50,000) dan menamakan isterinya sebagai penerima hibah tersebut. Bila dia meninggal dunia, maka si isteri dapat duit itu secara mutlak 100% miliknya. Si isteri bolehlah guna duit itu untuk menebus secara tunai bagi harta yang dituntut oleh waris-waris yang lain. Jika nak buat kenduri pun tiada masalah kerana ia tidak disabit sebagai harta anak yatim.
Kita bagaimana? Sebaiknya kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada keluarga En Ahmad. Sama ada kita meninggal dunia ketika muda atau tua, miskin atau kaya, pemergian kita tentu akan meninggalkan kesulitan kepada ahli keluarga. Baiklah kita merancang hari ini juga. Hubungi saya jika anda ingin menyertai skim hibah takaful yang ditawarkan oleh MAAKL Mutual.
Nota:
Saya pernah bertugas sebagai ‘Business Development Executive’ dengan Amanah Raya Berhad (ARB) dan terlibat dalam memasarkan produk wasiat dan pengurusan harta pusaka. Ilmu berkaitan faraid yang ada hanyalah sedikit, maka saya mohon kemaafan jika fakta yang saya kemukakan ada cacat dan silap.

Ahad, 28 Julai 2013

Hibah dalam konteks operasi Takaful - Pembayar sumbangan

                                                     
Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi. 

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi. Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia. Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan. 

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful: 

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah; 

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu. 

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa; 

Ahad, 21 Julai 2013

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful

                               
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad). 

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah. Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. 

Sbda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari) Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya. 

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i) 

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i) 

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah. Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi. 
Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara. Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal. 
Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah. 

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. 
Contohnya; 
Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Ahad, 14 Julai 2013

Saya Tidak Berminat Dengan Takaful

                   

Tugas agent takaful bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun niat kami untuk menyebarkan kebaikan mempunyai polisi Takaful, ramai yang memandang serong seolah-olah kami ingin merampas duit dari mereka. Antara alasan yang diberikan adalah saya tidak berminat dengan Takaful.


Apa yang perlu agent takaful maklumkan kepada prospek sebegini?

“Encik, ketika encik meninggal dunia nanti ada 3 benda akan turut hilang bersama encik, iaitu 
(1) Anak-anak encik akan kehilangan seorang ayah 
(2)Isteri encik akan kehilangan seorang suami dan 
(3) pendapatan encik turut akan terhenti bersama encik.

Saya tidak mampu mencari pengganti ayah kepada anak-anak encik, atau pun pengganti suami yang baik seperti encik kepada isteri encik. Tetapi saya berupaya untuk menyambung pendapatan encik untuk mereka. Encik, bukankah wang pendapatan ini amat penting untuk keluarga encik apabila encik tiada nanti?

Saya faham apabila encik kata tidak berminat tetapi adakah encik tidak berminat juga menyediakan wang pendapatan untuk keluarga encik, sekiranya encik tiada ataupun wang pendapatan untuk encik sendiri sekiranya encik menjadi kurang upaya nanti?”

Kami sebagai agent takaful bukanlah ingin merampas duit anda setiap bulan..tetapi kami ingin menyediakan satu dana untuk keluarga anda apabila ketiadaan anda nanti. Saban hari kita didatangi oleh berita kematian mengejut si bapa di usia muda, serta berapa banyak kes kemalangan jalan raya setiap hari..jadi…sebagai seorang ketua keluarga..kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk melindungi keluarga tersayang dengan meninggalkan mereka dana bagi meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita nanti.

Jangan tangguh…kerana kita tidak mungkin mengetahui bila tarikh kematian kita.

Ahad, 7 Julai 2013

Tak perlu ambil takaful?


Tak perlu ambil insuran/takaful? company dah cover unlimited?

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan insurans @ takaful perubatan? Syarikat tempat saya bekerja melindungi tanpa had…” atau ada juga yang menyatakan kepada saya, “Syarikat saya cover bil hospital, so saya tak perlu ambil plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambil”
Ini memang kenyataan biasa. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat iinsurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin highlightkan
PERTAMA- Company melindungi tanpa had….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja melindungi kita tanpa had. Sedangkan kita sendiri pun tidak pernah melihat sendiri polisi perlindungan insurans yang menyatakan bil perubatan dilindungi tanpa had. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun tanpa had…..limitnya adalah…
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut???…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak produktif (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak produktif berapa di dalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon kad perubatan? Adakah syarikat insurans mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le ambik kad perubatan” Kalau kita boleh jamin sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then bolehlah ambil kad perubatan kemudian, kalau tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya kad perubatan hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN.
Dah sakit, kalau bayar RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat insurans akan tolak permohonan tersebut….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….renung-renungkan.
KEDUA – Tak perlu ambik kad perubatan sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambil kad perubatan ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Awak tau dari awal ke yang awak akan kena sakit nie?….” atau “Awak memang nak ke, sakit nie terkena kat awak”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik kad perubatan sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu ambil kad perubatan tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda ambil. Renung-renungkan
Kalau nak ambil kad perubatan sekarang, hubungi saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal kad perubatan ini dan bagaimana kad perubatan ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya kad perubatan ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, TIADA insurans yang nak cover anda lagi.
Sekadar berkongsi pengalaman.