Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan insurans @ takaful perubatan? Syarikat tempat saya bekerja melindungi tanpa had…” atau ada juga yang menyatakan kepada saya, “Syarikat saya cover bil hospital, so saya tak perlu ambil plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambil”
Ini memang kenyataan biasa. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat iinsurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin highlightkan
PERTAMA- Company melindungi tanpa had….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja melindungi kita tanpa had. Sedangkan kita sendiri pun tidak pernah melihat sendiri polisi perlindungan insurans yang menyatakan bil perubatan dilindungi tanpa had. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun tanpa had…..limitnya adalah…
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut???…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak produktif (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak produktif berapa di dalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon kad perubatan? Adakah syarikat insurans mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le ambik kad perubatan” Kalau kita boleh jamin sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then bolehlah ambil kad perubatan kemudian, kalau tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya kad perubatan hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN.
Dah sakit, kalau bayar RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat insurans akan tolak permohonan tersebut….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….renung-renungkan.
KEDUA – Tak perlu ambik kad perubatan sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambil kad perubatan ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Awak tau dari awal ke yang awak akan kena sakit nie?….” atau “Awak memang nak ke, sakit nie terkena kat awak”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik kad perubatan sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu ambil kad perubatan tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda ambil. Renung-renungkan
Kalau nak ambil kad perubatan sekarang, hubungi saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal kad perubatan ini dan bagaimana kad perubatan ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya kad perubatan ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, TIADA insurans yang nak cover anda lagi.
Sekadar berkongsi pengalaman.