Kali ini saya nak kongsikan tentang teknik simpanan.
Tak semua orang pandai menyimpan kan, maksud saya simpan duit. Ada yang dilahirkan memang jenis berjimat dan menyimpan. Contohnya semasa kecil dahulu, adik saya yang ke 3 adalah orang yang paling bagus dalam menyimpan duit. Kalau dikira duit simpanan kami, pasti dialah pemenang sebab ada tabung paling berat. Tapi kalau dibandingkan keseluruhan simpanan setahun, dia akan kalah atau sekurang-kurangnya seri sebab duit raya budak lelaki yang raya sakan kesana-kesini pasti akan lebih banyak dari budak perempuan. Ini cerita zaman kanak-kanak. Tapi banyak pengajaran boleh kita ambil dari kisah yang simple ini.
Untuk melabur, asas paling penting adalah kita kena ada duit..kalau nak melabur tapi takda duit nak melabur apa?
Jadi asas nak ada duit adalah simpan duit tu. Simpan dan tengok berapa lama duit tu boleh kekal dalam simpanan. Sebab ada orang yang rajin menyimpan, tapi simpan untuk belanja. Pantang tabung berat sikit, terus bawak keluar beli macam-macam. So matlamat simpanan untuk dikembangkan kepada pelaburan tak sampai la kan. jadi kena ingat tujuan kita untuk menyimpan adalah untuk kekalkan simpanan dan dikembangkan kepada pelaburan.
Jadi bagaimana nak menyimpan?
Hah...soalan simple ini pun nak tanya kah?
Soalan ini mmg simple tapi cuba kita cek berapa ramai yang berjaya menyimpan dan simpanan itu kekal tanpa di usik? Tak kira lah kalau gaji RM5000 pun, tapi kalau nafsu tinggi nak berbelanja, kita pasti tak akan berjaya menyimpan..
Jadi dalam post kali ini saya nak kongsikan teknik bagaimana nak menyimpan dan yang lebih penting, mengekalkan simpanan.
Tekniknya MENYIMPAN adalah macam ni:-
- Biasanya dinasihatkan oleh pakar penasihat kewangan adalah dengan menyimpan dulu dari hasil gaji kita sebelum berbelanja lain-lain. Maknanya kalau gaji kita RM5,000 contonhya cuba simpan 10%, iaitu RM500 setiap bulan dan anggaplah gaji kita RM4500 sahaja untuk kita berbelanja. Kalau agak tak mampu, cuba simpan 5%, RM250 sebulan. So dapat ajer gaji terus debit kan duit tu ke akaun/tabung simpanan. Saya tak nak kongsikan tips pertama ini panjang-panjang sebeb dah ramai orang tahu.
- Teknik kedua adalah teknik simpan paksa. Teknik ni jarang di ajar, tapi bagi saya teknik ni lebih berkuasa dari teknik pertama. Sebab dengan teknik ni, kita akan dapat kawal kebocoran duit kita. Saya belajar dari AbangAbu dan di modify sikit mengikut kesesuaian.
Tipsnya ialah buat rules bila anda kena bayar (simpan).
Contohnya mudah, seperti dibawah:-
- Siapa bawak balik syiling, setiap syiling yang ada mesti masuk tabung simpanan.
- Kalau anda suka merokok, buat rule, sekotak rokok yang dibeli masuk tabung harga sama kotak rokok yang kita beli tu. jadi lagi banyak kita merokok,lagi banyak tabung simpanan kita
- Bagi yang suka tengok TV, buat rule setiap 1 jam tengok TV akan kena cas RM1. Impaknya ialah, kalau kurang tengok TV, letrik kurang, kalau lebih tengok TV simpanan kita lebih.
- Bagi yang suka makan malam diluar, kena denda RM5 sekali makan diluar.
- Bagi yang suka membazir elektrik, seperti tak tutup lampu or kipas misalnya, kena denda RM5. Anda atau rakan serumah akan dipaksa menjimatkan elektrik atau kena denda RM5
- Bagi yang suka makan malam tapi lauk selalu tak habis, kena denda RM1 setiap kali makanan tak habis. So anda tak ada pilihan samada kurangkan menu masakan pada masa depan, atau kena bayar denda kalau tak habis.
Senang tak teknik ni? Cuba lah amalkan. Kalau anda langgar peraturan di atas, takda pilihan untuk anda menabung.
Jadi anda boleh pilih cara mana yang anda suka. Bayar diri anda dulu (simpan awal), atau paksa diri anda menyimpan.
Bagaimana nak KEKALKAN SIMPANAN? Senang sahaja,
- Jangan bagi peluang kita pegang tabung, kunci tabung anda, atau bagi pasangan simpan
- Buka satu akaun yang anda hanya ada no akaun sahaja. Kad/Buku akaun/online hanya boleh diakses oleh pasangan anda atau mak dan ayah anda
Kuncinya simple ajer kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan, dan disiplin untuk capai target kita.
Harap perkongsian ini dapat memberi idea untuk kita perbaiki pengurusan kewangan peribadi kita.