Kepakaran

Kepakaran

Khamis, 7 Mac 2013

Apa bakal berlaku?


Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan tersebut akan mengambil tindakan mahkamah terhadap diri anda. Ia akan bermula dengan penghakiman. 


Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan bertindak dengan menarik balik dan menjual kenderaan tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan yang terjamin oleh hartanah, institusi kewangan akan merampas hartanah tersebut dan menjualnya melalui lelongan awam.


Bagi pinjaman tanpa gadaian, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman untuk memperoleh semula hutang tersebut. Ini termasuklah perintah rasmi rampasan dan jualan (writ of seizure and sale), saman penghutang penghakiman dan pemfailan perintah bankrap sekiranya jumlah hutang melebihi RM 30,000.