Membantu anda memahami konsep insuran & takaful..selamat menonton
Kepakaran
Ahad, 24 Mac 2013
Ahad, 17 Mac 2013
Duit pencen
Sumber: Metro Ahad - Majalah Metro - Oleh Irfan Khairi
KITA sering menyimpan duit untuk membeli kereta, membeli rumah, bercuti, pendidikan anak-anak dan pelbagai tujuan lain. Namun kita sering lupa menyimpan duit untuk diri sendiri apabila pencen kelak.
Pasti ada yang terbaca kenyataan ini akan mengatakan, wang pencen sememangnya disimpan melalui potongan gaji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tetapi hakikatnya, dengan hanya bergantung kepada simpanan KWSP, ia tidak mencukupi.
Kebanyakan kita bergantung kepada KWSP akan mendapat kurang daripada RM300 sebulan sekiranya dikira jangka hayat yang meningkat kepada 75 tahun. Adakah RM300 mencukupi untuk tanggungan sebulan? Kali terakhir saya ke pasar raya pun jumlah belian melebihi RM300. Itu juga tidak kira bayaran untuk perkara kecemasan, perubatan dan perbelanjaan lain apabila tua kelak.
Bersedia untuk pencen amat penting kerana untuk membeli kereta, rumah atau pendidikan anak-anak, sememangnya terdapat kemudahan pinjaman untuk tujuan ini. Namun, tiada pinjaman untuk membiayai hari tua anda. Oleh itu, wang pencen menjadi tanggungjawab kita sendiri.
Jadi, apakah nombor ajaib disimpan untuk simpanan hari tua? Jawapannya ialah 15 peratus daripada pendapatan bulanan. Ini juga bergantung kepada waktu anda mula menyimpan. Sekiranya anda mula menyimpan pada usia muda dalam lingkungan 30 tahun, 15 peratus setiap bulan ialah sasaran yang baik.
Namun sekiranya simpanan anda bermula lebih awal misalnya ketika berumur 20 hingga 25 tahun, 10 peratus simpanan daripada pendapatan bulanan memang baik. Tetapi harus ingat, lebih lewat anda menyedari kepentingan menyimpan untuk hari tua, maka lebih tinggi simpanan bulanan perlu dilakukan. Kemungkinan, ia lebih sukar dengan pelbagai tanggungan yang perlu dibuat hari ini.
Bagaimana pula sekiranya pendapatan sekarang cukup-cukup makan dan tiada ruang menyimpan untuk hari tua?
Periksa semula kedudukan kewangan anda. Adakah anda meletakkan keutamaan kewangan di tempat yang betul? Adakah tanggungan besar iaitu kereta dan rumah seperti dibincangkan dalam ruangan Wang Anda sebelum ini mengikuti saranan 50 peratus pendapatan? Adakah kita mengelakkan pembaziran dan meletakkan bajet perbelanjaan bulanan yang terbaik?
Sekiranya semua sudah dilakukan dengan betul tetapi masih tiada ruang untuk menyimpan, mungkin masanya untuk memikirkan cara menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan. Tidak semestinya hendak menjadi jutawan atau pendapatan berpuluh ribu ringgit bila berniaga tetapi pendapatan tambahan beratus atau seribu dua sebulan untuk simpanan hari tua boleh dijadikan langkah pertama bukan?
Soalan pembaca: Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan dan motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb. Tanyakan soalan anda di sana! Saya dan isteri berbincang untuk simpanan pendidikan anak-anak tetapi masalahnya, perbelanjaan bulanan pula cukup-cukup setiap bulan dan tiada ruang. Apakah nasihat saudara Irfan?
Abdul Munif, Kajang, Selangor.
Lumrahnya pasangan suami isteri akan mementingkan perihal anak-anak melebihi kepentingan mereka terutama hal kesejahteraan, kesihatan dan kewangan. Namun adakalanya perlu sedikit pengecualian terutama apabila tidak cukup wang untuk suami dan isteri sendiri di hari tua.
Perlu diingat terdapat pelbagai kemudahan pinjaman dan biasiswa untuk pembelajaran anak-anak. Tetapi tiada kemudahan pinjaman dan kurangnya kemudahan kewangan apabila pencen kelak.
Utamakan simpanan hari tua terlebih dulu kerana sekiranya tiada simpanan hari tua, bayangkan tekanan yang akan dialami oleh anak-anak sekiranya tidak mampu menanggung anda.
Pada masa sama, ini juga peluang untuk mendidik anak-anak mengenai pentingnya berjimat cermat di samping mendidik dan menjelaskan kepada mereka bahawa pendidikan amat penting. Lebih baik keputusan mereka di sekolah, lebih banyak peluang kemudahan kewangan dan biasiswa pendidikan diberikan.
Saya kini sudah pencen dan ingin memulakan perniagaan. Saya mempunyai wang pencen untuk dijadikan modal perniagaan. Di manakah harus saya bermula?
Mohd Helmi, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pertama, jangan gunakan semua wang pencen untuk berniaga. Kebanyakan perniagaan gagal terutama bagi mereka yang belum berpengalaman memulakan perniagaan, lebih tinggi risiko kegagalan.
Terdapat pelbagai perniagaan yang boleh dilakukan. Nasihat saya untuk meminimumkan modal perniagaan anda dengan mendalami perniagaan Internet. Ramai yang pencen ingin meluangkan lebih banyak masa di rumah dan berehat justeru, perniagaan Internet satu pilihan yang agak baik.
Zaman ini, perniagaan boleh dilakukan dari rumah dengan hanya menggunakan Internet, namun seperti semua jenis perniagaan, ilmu amat penting. Anda harus terlebih dulu mendalami ilmu perniagaan yang anda ingin mulakan, ambil masa beberapa bulan untuk selidik dan fahami jenis perniagaan yang terbaik untuk anda lakukan sebelum melabur sebarang wang pencen anda sebagai modal.
Sabtu, 16 Mac 2013
AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)
AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan matlamat untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup Buat Semua Warga Malaysia”. Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang yang terkawal.
AKPK menawarkan tiga jenis perkhidmatan percuma kepada anda untuk membantu menguruskan kewangan anda dengan lebih baik:
• Program pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit dan asas pengurusan wang termasuklah petua menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
• Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, menyediakan individu dengan penilaian yang mendalam mengenai masalah masalah anda dan cara mengatasinya.
• Program Pengurusan Kredit (PPK ), di mana AKPK dan anda bekerjasama untuk menyediakan pengstrukturan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyelia institusi kewangan anda.
Program Pengurusan Kredit ( PPK ) ini disediakan kepada anda yang:
• mempunyai sumber pendapatan yang positif selepas menolak perbelanjaan.
• tidak mampu menguruskan tanggungan hutang.
• mempunyai pinjaman dari institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.
• jumlah pinjaman tidak melebihi RM2 juta (setakat tarikh percetakan buku ini).
• tidak berada di peringkat tindakan undang-undang yang telah lanjut.
• tidak diisytiharkan sebagai muflis.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK, sila layari laman web www.akpk.org.my.
Jumaat, 15 Mac 2013
Apa perlu anda lakukan?
Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda amaran yang telah diberikan, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan. Lagi cepat anda mendapatkan pertolongan, lagi mudah anda dapat keluar daripada kemusykilan ini.
Apa perlu anda lakukan?
• Anda boleh menghubungi bank anda dan kemukakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai anda.
• Anda boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat kewangan. Sekiranya anda tidak bertindak dengan segera apabila melihat tanda-tanda masalah kewangan, ia hanya akan memburukan keadaan...
Khamis, 14 Mac 2013
Kejahilan - Amaran kelima
Yang kelima
• Tidak berbincang bersama pasangan atau ahli keluarga anda mengenai masalah kewangan atau bertengkar dengan mereka apabila bercakap mengenai wang.
• Tidak mengetahui banyak mana hutang anda sehinggalah bil-bil tiba.
Rabu, 13 Mac 2013
Perbelanjaan - Amaran keempat
Yang keempat
• Bergantung kepada kerja sampingan, bekerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai kos sara hidup.
• Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan.
Selasa, 12 Mac 2013
Simpanan - Amaran ketiga
Yang ketiga
• Mempunyai simpanan yang sedikit ataupun tiada langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan atau kecemasan yang tidak diduga.
Isnin, 11 Mac 2013
Pinjaman - Amaran kedua
Yang Kedua
• Menerima notis bayaran kedua dan ketiga dari bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang.
• Dinafikan kredit kerana laporan negatif daripada Biro Kredit
• Membuat pinjaman daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
Ahad, 10 Mac 2013
Petua Buah Dan Sayur
Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
- Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
- Cendawan
Cendawan agak sukar dibersihkan. Tetapi, jika pandai, tentu tidak ada masalah. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya menggunakan kain lembap bagi membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersorok dapat dibuang.
- Tomato
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkannya di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.
- Brokoli
Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.
Sabtu, 9 Mac 2013
Yang PERTAMA - BERWASPADA TERHADAP TANDA‑TANDA AMARAN
Alangkah malangnya kerana ada orang yang tidak menyedari bahawa mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka meneruskan hidup dalam penafian yang memburukkan lagi keadaan dari hari ke hari. Terdapat tanda-tanda ketara yang menunjukkan anda bermasalah.
Ianya adalah:
Yang PERTAMA
Kad Kredit
• Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
• Menambah baki tertunggak setiap bulan.
• Menggunakan kad pada had maksimum.
• Mengambil pendahuluan wang tunai.
• Tidak membayar atau lewat membuat bayaran, atau membayar sebilangan bil pada bulan ini dan selebihnya pada bulan-bulan akan datang.
• Kad anda dibatalkan oleh bank.
Langgan:
Catatan (Atom)