Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 8 September 2013

Takaful sebagai Instrumen Simpanan dan Perlindungan

 

Takaful adalah satu instrumen kewangan. Secara umumnya, takaful mempunyai kepentingan kepada ekonomi dan merupakan alat untuk menangani risiko ketidakpastian terhadap kerugian ekonomi. Individu dan organisasi perniagaan menghadapi pelbagai ketidakpastian yang boleh menjejaskan aset atau pendapatan mereka yang akan menyebabkan kerugian kewangan kepada mereka. Antara ketidakpastian yang boleh berlaku adalah kematian, penyakit, kemalangan, kebakaran, kecurian dan kegagalan memenuhi tanggungjawab untuk tidak mencederakan orang lain.

Takaful bermaksud berkongsi tanggungjawab dengan suatu kumpulan bersetuju serta mengaku janji untuk saling jamin-menjamin dan lindung-melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa oleh sebarang musibah atau bencana.


Fungsi utama takaful ialah melindungi harta dan nyawa. Kepentingan takaful sebagai instrumen tabungan dan perlindungan harta boleh dilihat dalam produk-produk yang disertai oleh para peserta takaful. Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menyerahkan modalnya dalam bentuk sumbangan dan caruman takaful kepada peserta apabila dilanda musibah. Dalam masa yang sama, peserta juga berhak berkongsi untung sekiranya syarikat daripada perniagaan tersebut beroleh keuntungan.

Prinsip mudharabah yang terpakai membolehkan peserta takaful turut mendapat manfaat keuntungan daripada wang yang disumbang ke dalam tabung. Kadar keuntungan akan dibahagikan antara peserta takaful dengan pengendali takaful mengikut kadar nisbah tertentu seperti 50:50, 60:40, 80:20.

Setiap individu yang menyertai takaful keluarga akan mempunyai simpanan dan tabungan apabila ditimpa musibah dan kesusahan seperti keilatan kekal, penyakit kritikal dan kematian. Polisi takaful keluarga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perlindungan Asas dan Perlindungan Tambahan. Perlindungan asas merupakan jumlah pampasan yang akan diperolehi oleh waris peserta takaful sekiranya peserta takaful meninggal dunia. Perlindungan tambahan seperti rider bertempoh, rider penyakit kritikal, rider manfaat hospital, rider pampasan kemalangan, rider manfaat kematian akibat kemalangan dan rider manfaat pembayar(khusus untuk polisi kontrak juvenile sahaja) boleh diambil oleh peserta yang menyertai perlindungan asas.

Ahad, 1 September 2013

Tips memilih Pelan Perlindungan dan Kad Perubatan Terbaik

Ramai yang bertanya kepada saya..bagaimanakah cara ingin tahu mengenai kad perubatan mana yang terbaik? Jawapannya mudah sahaja. Awak masuk hospital dulu baru tahu :)

Sebagai seorang konsultan, perkara pertama yang saya ingin tahu adalah

“apakah keperluan anda?” 

dari situ baru saya dapat nasihat anda yang mana yang terbaik. Di bawah saya beri sedikit tips bagaimana memilih pelan terbaik dari pelbagai aspek.


GENERAL :
1.       Pilih Pelan yang Islamik iaitu mematuh isyariah (Wajib bagi umat Islam)
2.       Pilih Pelan dari syarikat yang kukuh
3.       Pilih Pelan yang lengkap atau komprehensif (Simpanan+Pelaburan+Perlindungan)

KAD PERUBATAN :
1.      Pilih pada kad yang mempunyai coverage yang tinggi

2.      Bukan Tahunan renewal. Mesti “Guaranteed Renewal” (ni yang paling penting dan ramai             yang tidak tahu.

4.      Adanya Rider pilihan untuk pengecualian bayaran jika terkena penyakit kritikal atau 
         lumpuh kekal.

MAA TAKAFUL SMART MEDIC 200

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN BROSHUR

Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic  200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya. 

Kelayakan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Tiada Co-Takaful untuk Umur 17tahun dan ke atas ko-takaful bermaksud caj-bersama yang dikenakan ketika warded ke dalam hospital. Biasanya syarikat insuran/takaful yang lain akan cover  90% daripada total bil hospital, bakinya pesakit akan tanggung kos 10%. 

Jika total hospital bil anda berjumlah RM 4500, anda terpaksa bayar cash / swipe credit card RM450(10%) semasa check-out. bukankah ini sedikit sebanyak agak membebankan pesakit? walaupun saya pasti anda telah add-on rider elaun harian hospital, tetapi anda aware tak yang 
rider ni bukan free, tapi dikenakan tabarru' (service charge) yg semakin tinggi mengikut usia ?

Dengan Smart Medic 200, anda tidak perlu lagi mengeluarkan extra cash apabila masuk wad. 100% bil akan ditanggung oleh MAA Takaful selagi mengikut terma & syarat kontrak. sila rujuk pada bahagian NOTA paling bawah entri ini atau hubungi saya untuk info lanjut :-)

Unlimited Lifetime Limit
Ya. Smart Medic tidak mempunyai had seumur hidup. Cuma penggunaan tertakluk pada had tahunan sahaja.
jika anda subscribe Smart Medic 200 PELAN 2 pada 1 Mei 2013, had tahunan anda ialah RM100,000. Definasi Tahunan ialah dari 1 MEI 2013 hingga 1 MEI 2014. 

Kad Perubatan 'Mampu Milik'

dengan kemampuan anda untuk perlindungan yang optimum. Sila rujuk jadual di bawah.


Kemasukan ke Panel Hospital Menjadi Lebih Mudah
Anda cuma perlu tunjuk kad perubatan anda di kaunter hospital danpihak mereka akan auto-link dengan MAA Takaful untuk cek sama ada kad anda 'aktif' atau tidak. Kalau semua cun, anda akan diwadkan ke bilik yang mengikut pelan yang diambil. terdapat 94 panel hospital di seluruh negara.

Jaminan Pembaharuan 
Guarantee renewal  hingga umur 80 tahun. Maksud guarantee renewal ialah jika anda mula memiliki Smart Medic pada 2009, pada 2010 anda dimasukkan ke hospital akibat kanser. anda menggunakan Smart Medic 200 untuk rawatan dan pembedahan. pada tahun 2011, pihak takaful wajib cover segala kos rawatan perubatan baru yang berkaitan dengan penyakit kanser yang anda hidapi pada 2010 lalu tanpa sebarang sekatan.

Profit Sharing
Lebihan keuntungan (surplus sharing) pada akhir tahun (jika declare pd tahun itu) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Cool kan?!

Smart Medic 200 adalah produk MAA Takaful
Medikal kad ini adalah produk sepenuhnya dari MAA Takaful. Ini bukan produk third-party. so, anda tak perlu risau kerana kad ini di'back up' oleh MAA Takaful Berhad. 

Kad Perubatan 'Stand Alone'
Smart Medic 200 boleh dibeli secara tunggal (Stand Alone) atau ditambah sebagai rider dalam Takafulink. Medikal kad 'Stand Alone' boleh dibeli jika anda telah pun memiliki atau tidak mahu membeli takafulink. Ia juga sesuai pada mereka yang mahukan perlindungan perubatan (medical coverage) mampu milik.

Tax Relief
Rasanya takde sesapa pun yang suka bayar income-tax.Alang-alang dah wajib kena bayar tax, better fully utilise tax relief ni,kan? :-) 
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun untuk medikal kad. 

Info Tambahan
Kad SMART MEDIC 200 dikira Tamat/Batal jika:
  • Caruman tidak dibayar lebih dari 31 hari selepas(lapsed) tarikh bayaran sepatutnya.
  • Pemegang polisi kad telah mencapai umur 80 tahun.
  • Selepas bayaran Khairat kematian.
  • Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
  • Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).

Pengecualian ( Exclusion )

  • Penyakit sedia ada.
  • Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan.Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
  • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
  • Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
  • Peperangan, mogok dan rusuhan(Bersih 2.0).
  • Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata.
  • Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak.
  • Gangguan mental(meroyan) atau saraf.
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
  • Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital.
  • Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
  • Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital.
  • Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.
  • Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
  • Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan,pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa
  • penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

      NOTA
  • Premium bayaran untuk SmartMedic 200 'Stand Alone' tetap perlu dibayar walaupun anda telah disahkan doktor menghidap mana-mana dari 46 Penyakit Kritikal. Hanya Smart Medic 200 yang diambil bersama add-on Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD) dalam Takafulink sahaja boleh waive premium bulanan anda. Please take note ya!
  • Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
  • Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.



Ahad, 25 Ogos 2013

Perlukah Penjawat Awam Ambil Takaful?

ehsan: http://www.ustaznoramin.com/2013/03/perlukah-penjawat-awam-ambil-takaful.html                      


  1. Adakah pekerja kerajaan juga perlu @ semestinya mempunyai takaful?
  2. Kebanyakan agen menindas pembeli takaful dengan menyarankan pelbagai pelan yg tinggi bayaran bulananya. dan adakalanya tidak diperlukan.?
Disini saya amatlah berbesar hati jika ustaz dapat membantu dalam penyelesaian masalah ini. Terima kasih ustaz.

Jawapannya

Terima kasih atas email dan persoalan ini, soalan yang sangat bagus dan sering terjadi di dalam masyarakat kita sekarang, sebab itulah takaful mengalami fitnah yang besar kerana kejahilan agen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi sahaja dan tidak menekankan keperluan seseorang itu..

Sebenarnya motif tertubuhnya takaful adalah untuk membantu seluruh masyarakat Malaysia dari musibah atau kemungkinan tertentu seperti hutang, nafkah, keperluan peribadi dan kos rawatan yang makin meningkat. Cuba anda bayangkan kalau ditakdirkan anda lumpuh (hanya sebagai contoh) sudah tentu waktu itu emosi anda tinggi disebabkan sakit yang dialami, simpanan dan gaji yang ada untuk berbelanja perubatan dan kos ulang alik dari rumah ke hospital tidak mencukupi. Wang simpanan juga habis kerana rawatan dan sara hidup.

Sekiranya kita mempunyai anak, mereka juga memerlukan perhatian dan bantu dari kita, tanggungjawab kita adalah membela mereka dengan memberikan perlindungan, makanan dan pelajaran. Sudah pasti waktu itu, anda akan berfikir kembali betapa pentingnya takaful dan pada masa itu juga sudah terlambat kerana musibah telah pun berlaku. Cuma anda hitungkan pada waktu itu wang gaji dan simpanan mesti tidak cukup untuk menampung hutang, kos sara hidup dan perubatan yang semakin tinggi sekarang. Boleh jadi juga suami, orang terdekat dan sahabat-sahabat kita menjauhkan diri kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah yang kita alami. Persediaan sebeginilah yang sangat dituntut Islam.

Satu lagi masalah paling besar ialah tanggungjawab untuk diri kita menglangsaikan hutang yang ada, nafkah untuk anak-anak, bantuan kewangan untuk ibu bapa tidak dapat dibekalkan lagi sebab berlakunya kematian atau lumpuh kekal. Apa salahnya kalau kita sediakan untuk mereka satu jumlah kewangan yang besar untuk mereka meneruskan kehidupan dan pelajaran. Malah Rasulullah juga telah menyarankan kita agar menyediakan satu jumlah perbelanjaan atau harta untuk anak dan isteri agar mereka boleh meneruskan kehidupan dengan baik. 

Cuba anda bayangkan. Adakah masyarakat kita sekarang ini menjalankan kehidupan seperti yang disarankan oleh Rasulullah atau Islam? Apa kita hendak jawab di hadapan Allah apabila semua keperluan untuk keluarga dan diri tidak dapat disediakan kita dengan baik? Fikir-fikirkanlah….

Sampaikah hati kita hendak mengharapkan ibu bapa atau saudara kita mengambil alih tugas kita menjaga anak-anak dan membantu kita menyediakan kos rawatan. Secara logiknya tidak mungkin terjadi sebab mereka pun belanja cukup-cukup makan sahaja, kalau ada pun mungkin sekadar itu sahaja dan lebih-lebihnya tiada.  Mungkin anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan perbelanjaan cukup boleh menyebabkan emosi mereka terganggu dan motivasi untuk meneruskan pelajaran juga makin menurun. Cuba anda lihat, berapa ramai remaja yang mengalami masalah seperti ini berhenti belajar, bekerja dan ada juga terlibat dengan kes-kes jenayah.  Inilah gunanya tabung khairat yang disediakan takaful bagi membantu masyarakat keluar dari masalah, setidak-tidaknya sebahagian bebanan terangkat dengan bantuan takaful.
 
Sebab dari sinilah para ulamak dan tokoh ilmuwan Islam berpendapat bahawa masyarakat sekarang wajib memiliki atau mencarum takaful, kerana gaya hidup tidak mematuhi syarak dan banyak hutang dan tanggungjawab. Contoh gaya pemakanan sudah jauh terpesong dengan apa yang disarankan Rasulullah iaitu makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang, semasa mengambil makanan. Sebelum makan, minum dahulu kemudian makan dahulu buah-buahan atau benda-benda yang lembut. Setelah itu barulah makan benda-benda yang berat. Kejahilan inilah yang menyebabkan masyarakat kita tidak terlepas dari segala penyakit yang ada. Di sini jugalah terletaknya kepentingan takaful seperti medical kad.

Soal agen tu berlaku sebab kita juga dihalang mendapatkan maklumat yang betul dan menepati kepentingan yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam seperti hutang, tanggungjawab kepada waris, anak-anak dan diri sendiri. mereka hanya mementingkan target tahunan sahaja. Kadang-kadang mereka juga menipu dengan mengatakan semua wajib diambil, tetapi hakikatnya tidak. Semua itu sebenarnya kita sendiri yang menentukan, agen hanya menyarankan dan memberi pendapat, membuat keputusan. Menentukan berapa banyak dan benefit adalah kita sebagai pelanggan.  Nasihat saya carilah agen yang betul-betul hendak membantu dan meringankan bebanan serta faham akan masalah yang dihadapi

Sekiranya puan bersedia, saya boleh menyampaikan banyak info yang berkaitan kepentingan takaful dari sudut pembangunan muamalah Islam dan ia adalah berkait rapat dengan gaya hidup serta pengurusan kewangan kita.

Ahad, 18 Ogos 2013

​Adakah anda tahu berapa anggaran kos pembedahan di hospital swasta di Malaysia?​

Berapa anggaran kos pembedahan di hospital swasta di Malaysia?


Sekadar berkongsi dengan anda tentang beberapa contoh kos pembedahan di Malaysia. Kos ini terus meningkat saban tahun. Jom kita lihat anggaran kos pembedahan di salah sebuah hospital swasta di Malaysia.


GENERAL SURGERY


Non – complication Appendisectomy :

(a) Laparoscopic RM4500.00 – RM7000.00

(b) Open RM3000.00 – RM4500.00

(c) Breast Lump RM2000.00 – RM4000.00


(d) Laparoscopic Cholecystectomy RM9000.00 – RM10000.00

(e) Hermorrhoidectomy RM7000.00 – RM10000.00

(f) Herniaraphy RM5000.00 – RM7000.00

(g) Thryoidectomy RM4500.00 – RM5500.00

(h) Mastectomy RM5000.00 – RM6000.00

(i) Colonoscopy RM1300.00

(j) Gastroscopy RM600.00


Sekarang kita tahu, dengan melihat daripada kos pembedahan di atas , anda dan saya perlu/kena ada sekurang-kurangnya RM 10,000 dalam bank akaun anda untuk kecemasan.
Kenapa kita perlu nak bayar tunai kalau kita ambil medical card dengan MAA TAKAFUL.
Macam biasa, anda mesti akan cakap “takpa, government hospital ada, baya seringgit sahaja…”.  Pergi bedah dulu lepas tu baru kita tengok berapa ringgit kita kena bayar yer.  Kalau korang sakit macam nak gila, perlu buat pembedahan cepat, sanggup ke nak tunggu sampai 6 bulan ke setahun untuk tunggu giliran pembedahan ? Mesti tak sanggupkan !!
Penghujung ceritanya, terpaksa lah keluarkan duit ASB hingga habis semua, untuk bayar bil hospital… Tugas saya sebagai seorang Konsultan bertauliah adalah untuk beri kesedaran tentang kepentingan medical card, tak kisah anda beli dengan siapa pun yang pentingnya, anda ada kad perubatan berkenaan.  Pastikan anda dan keluarga anda dilindungi secukupnya supaya tak menyesal di kemudian hari.