Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 13 Oktober 2013

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Takaful








Bagi perunding profesional Takaful, antara perkara yang paling mencabar dalam industri ini adalah menjelaskan kepentingan takaful terhadap prospek.

Ini bagi meningkatkan kepercayaan mereka untuk melaburkan sejumlah wang, ke dalam akaun Takaful bagi tujuan dunia dan akhirat.
Berdasarkan pengalaman saya berkecimpung sebagai perunding profesional Takaful, terdapat 7 sebab yang boleh saya kongsikan.  Tentang betapa pentingnya untuk setiap insan di muka bumi ini memerlukan Takaful.

7 Sebab Anda Perlukan Takaful

#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:
  1. Kecurian.
  2. Kebakaran.
  3. Kemalangan.
#2 – Sistem Muamalat yang Untung
Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding Takaful.
Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari segi keuntungan.
Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk menyertai Takaful.
#3 – Sistem Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah Ayat 2
Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah membuat keputusan untuk membantu orang ramai.
Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap agama, termasuk agama Islam.
Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada langsung.
#4 – Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.
Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan hasrat murni kita sebagai penganutnya.
Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
#5 – Setiap Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian yang kita tanggung, berbeza nilainya.
Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.
Bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
#6 – Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji hamba-Nya.
Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
#7 – Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.
Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.

Saya Ingin Membantu Anda

Selepas membaca 7 sebab ini, hati kita mungkin tergerak sedikit untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai syarikat Takaful, yang menawarkan servis yang terbaik untuk pelanggannya.
Justeru itu, saya menawarkan khidmat konsultansi percuma untuk membantu anda dari segi pemahaman mengenai potensi pelaburan Takaful secara keseluruhan.
Hubungi saya bagi yang berminat.
019-3669769 Mohd Firdaus bin Ahmad, Konsultan MAA Takaful Anda
Semoga kita dapat membantu antara satu sama lain.