ehsan dari http://www.publicgoldsarawak.com
Untuk menjelaskan kepada anda semua kita perlukan paramater tertentu sebagai perbandingan
yang akan menunjukkan perbezaan kuasa beli menggunakan emas & wang kertas. Parameter yang saya gunakan ada 2:
- Emas
- Wang Kertas
Ukuran yang paling jelas untuk anda faham adalah kuasa beli untuk MEMBELI RUMAH. Mengapa saya jadikan rumah sebagai contoh? Sebab semua orang akan membeli Rumah!
Saban tahun kita mendengar keluhan orang ramai harga rumah semakin mahal.
Bagi saya perkara ini memang tidak akan berhenti kerana sistem matawang yang terus menerus mencetak wang kertas akan menyebabkan harga barang akan terus naik.
Pada tahun 1973 anda cuma perlukan RM50,000 untuk membeli sebuah rumah semi-D dua tingkat.
30 tahun kemudian pada tahun 2012, anda perlukan RM350,000 untuk beli rumah yang sama!!
Mari kita ukur dengan emas, pasti mengejutkan anda. Keratan akhbar ini saya peroleh dari statistik maklumat hartanah negara:
Jom kita ukur dengan harga emas:
Pada tahun 2000 – Harga purata rumah sekitar RM140,000.
Pada tahun 2000, harga emas segram adalah sekitar RM40 segram.
Maksudnya di sini pada tahun 2000 dengan RM140,000 anda dapat membeli sekitar 3.5 kilogram emas!
Pada tahun 2010 – purata tahunan harga rumah adalah RM196,000.
Pada tahun tersebut harga emas segram adalah sekitar RM115 segram.
Maksudnya di sini pada tahun 2010 dengan RM196,000 anda dpt beli 1.7 kilogram emas!
Maksudnya di sini, jika anda berniat nak beli rumah:
- Simpan dlm bentuk wang kertas – harga semakin mahal!
- Simpan dlm bentuk emas fizikal – harga rumah semakin murah!