Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 26 Mei 2013

Zakat




Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Ahad, 19 Mei 2013

Saranan Doa dari Ustaz Zahazan - JOM AMAL!


    
                                         
Gambar saya bersama Ustaz Zahazan Mei 2013

                                       
    Video Ustaz Zahazan                    


 



"Ya Allah banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya. Luaskan rumahnya. Berkatilah dia pada semua kurnianMu kepada nya. Perbaikailah amalannya. Ampunkan untuknya."












Mengambil sempena doa Rasulullah (S.A.W) kepada Anas tersebut, Ustaz Zahazan menyarankan doa seperti dibawah untuk dibaca selepas solat dhuha.





Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi' li fii daari,
wabarikli fima a'atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.


Maksudnya:

Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.

Ahad, 12 Mei 2013

WANG?



Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukarandalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagaipenyimpan nilaiunit akaun, dan piawai langsaian hutang.[1]

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalambekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.

Etimologi

Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan untuk emas atau perak.
Perkataan bahasa Inggeris "money" mungkin berasal daripada istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling (pengkoinan).[2] Lihat juga etimologi Indo-Eropah dan Semitik di rencana sejarah wang.
Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang bermaksud perak.[3] Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua makna iaitu perak dan wang.[4]
Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".

Ahad, 5 Mei 2013

Harga semakin mahal atau nilai semakin susut?



Untuk menjelaskan kepada anda semua kita perlukan paramater tertentu sebagai perbandingan 
yang akan menunjukkan perbezaan kuasa beli menggunakan emas & wang kertas. Parameter yang saya gunakan ada 2:
  1. Emas
  2. Wang Kertas



Ukuran yang paling jelas untuk anda faham adalah kuasa beli untuk MEMBELI RUMAH. Mengapa saya jadikan rumah sebagai contoh? Sebab semua orang akan membeli Rumah!
Saban tahun kita mendengar keluhan orang ramai harga rumah semakin mahal.
Bagi saya perkara ini memang tidak akan berhenti kerana sistem matawang yang terus menerus mencetak wang kertas akan menyebabkan harga barang akan terus naik.


Pada tahun 1973 anda cuma perlukan RM50,000 untuk membeli sebuah rumah semi-D dua tingkat.
30 tahun kemudian pada tahun 2012, anda perlukan RM350,000 untuk beli rumah yang sama!!


Mari kita ukur dengan emas, pasti mengejutkan anda. Keratan akhbar ini saya peroleh dari statistik maklumat hartanah negara:

Jom kita ukur dengan harga emas:
Pada tahun 2000 – Harga purata rumah sekitar RM140,000.
Pada tahun 2000, harga emas segram adalah sekitar RM40 segram.
Maksudnya di sini pada tahun 2000 dengan RM140,000 anda dapat membeli sekitar 3.5 kilogram emas!

Harga emas dari tahun 2000 – 2012
Pada tahun 2010 – purata tahunan harga rumah adalah RM196,000.
Pada tahun tersebut harga emas segram adalah sekitar RM115 segram.
Maksudnya di sini pada tahun 2010 dengan RM196,000 anda dpt beli 1.7 kilogram emas!


Maksudnya di sini, jika anda berniat nak beli rumah:
  • Simpan dlm bentuk wang kertas – harga semakin mahal!
  • Simpan dlm bentuk emas fizikal – harga rumah semakin murah!