Wuquf di Arafah
Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.
Esok juga ketika saudara-saudara kita sedang khusyuk menumpukan sepenuh hati berwukuf di Padang Arafah, kita pula sangat digalakkan berpuasa sunat. Al-Imam Ubnu Majah telah meriwayatkan dari Abu Qatadah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya".
Ehsan dari : http://misabah.blogspot.com/2009/11/wukuf-di-arafah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan