- Adakah pekerja kerajaan juga perlu @ semestinya mempunyai takaful?
- Kebanyakan agen menindas pembeli takaful dengan menyarankan pelbagai pelan yg tinggi bayaran bulananya. dan adakalanya tidak diperlukan.?
Disini saya amatlah berbesar hati jika ustaz dapat membantu dalam penyelesaian masalah ini. Terima kasih ustaz.
Jawapannya
Terima kasih atas email dan persoalan ini, soalan yang sangat bagus dan sering terjadi di dalam masyarakat kita sekarang, sebab itulah takaful mengalami fitnah yang besar kerana kejahilan agen yang hanya mementingkan keuntungan peribadi sahaja dan tidak menekankan keperluan seseorang itu..
Sebenarnya motif tertubuhnya takaful adalah untuk membantu seluruh masyarakat Malaysia dari musibah atau kemungkinan tertentu seperti hutang, nafkah, keperluan peribadi dan kos rawatan yang makin meningkat. Cuba anda bayangkan kalau ditakdirkan anda lumpuh (hanya sebagai contoh) sudah tentu waktu itu emosi anda tinggi disebabkan sakit yang dialami, simpanan dan gaji yang ada untuk berbelanja perubatan dan kos ulang alik dari rumah ke hospital tidak mencukupi. Wang simpanan juga habis kerana rawatan dan sara hidup.
Sekiranya kita mempunyai anak, mereka juga memerlukan perhatian dan bantu dari kita, tanggungjawab kita adalah membela mereka dengan memberikan perlindungan, makanan dan pelajaran. Sudah pasti waktu itu, anda akan berfikir kembali betapa pentingnya takaful dan pada masa itu juga sudah terlambat kerana musibah telah pun berlaku. Cuma anda hitungkan pada waktu itu wang gaji dan simpanan mesti tidak cukup untuk menampung hutang, kos sara hidup dan perubatan yang semakin tinggi sekarang. Boleh jadi juga suami, orang terdekat dan sahabat-sahabat kita menjauhkan diri kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah yang kita alami. Persediaan sebeginilah yang sangat dituntut Islam.
Satu lagi masalah paling besar ialah tanggungjawab untuk diri kita menglangsaikan hutang yang ada, nafkah untuk anak-anak, bantuan kewangan untuk ibu bapa tidak dapat dibekalkan lagi sebab berlakunya kematian atau lumpuh kekal. Apa salahnya kalau kita sediakan untuk mereka satu jumlah kewangan yang besar untuk mereka meneruskan kehidupan dan pelajaran. Malah Rasulullah juga telah menyarankan kita agar menyediakan satu jumlah perbelanjaan atau harta untuk anak dan isteri agar mereka boleh meneruskan kehidupan dengan baik.

Cuba anda bayangkan. Adakah masyarakat kita sekarang ini menjalankan kehidupan seperti yang disarankan oleh Rasulullah atau Islam? Apa kita hendak jawab di hadapan Allah apabila semua keperluan untuk keluarga dan diri tidak dapat disediakan kita dengan baik? Fikir-fikirkanlah….
Sampaikah hati kita hendak mengharapkan ibu bapa atau saudara kita mengambil alih tugas kita menjaga anak-anak dan membantu kita menyediakan kos rawatan. Secara logiknya tidak mungkin terjadi sebab mereka pun belanja cukup-cukup makan sahaja, kalau ada pun mungkin sekadar itu sahaja dan lebih-lebihnya tiada. Mungkin anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan perbelanjaan cukup boleh menyebabkan emosi mereka terganggu dan motivasi untuk meneruskan pelajaran juga makin menurun. Cuba anda lihat, berapa ramai remaja yang mengalami masalah seperti ini berhenti belajar, bekerja dan ada juga terlibat dengan kes-kes jenayah. Inilah gunanya tabung khairat yang disediakan takaful bagi membantu masyarakat keluar dari masalah, setidak-tidaknya sebahagian bebanan terangkat dengan bantuan takaful.

Sebab dari sinilah para ulamak dan tokoh ilmuwan Islam berpendapat bahawa masyarakat sekarang wajib memiliki atau mencarum takaful, kerana gaya hidup tidak mematuhi syarak dan banyak hutang dan tanggungjawab. Contoh gaya pemakanan sudah jauh terpesong dengan apa yang disarankan Rasulullah iaitu makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang, semasa mengambil makanan. Sebelum makan, minum dahulu kemudian makan dahulu buah-buahan atau benda-benda yang lembut. Setelah itu barulah makan benda-benda yang berat. Kejahilan inilah yang menyebabkan masyarakat kita tidak terlepas dari segala penyakit yang ada. Di sini jugalah terletaknya kepentingan takaful seperti medical kad.
Soal agen tu berlaku sebab kita juga dihalang mendapatkan maklumat yang betul dan menepati kepentingan yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam seperti hutang, tanggungjawab kepada waris, anak-anak dan diri sendiri. mereka hanya mementingkan target tahunan sahaja. Kadang-kadang mereka juga menipu dengan mengatakan semua wajib diambil, tetapi hakikatnya tidak. Semua itu sebenarnya kita sendiri yang menentukan, agen hanya menyarankan dan memberi pendapat, membuat keputusan. Menentukan berapa banyak dan benefit adalah kita sebagai pelanggan. Nasihat saya carilah agen yang betul-betul hendak membantu dan meringankan bebanan serta faham akan masalah yang dihadapi
Sekiranya puan bersedia, saya boleh menyampaikan banyak info yang berkaitan kepentingan takaful dari sudut pembangunan muamalah Islam dan ia adalah berkait rapat dengan gaya hidup serta pengurusan kewangan kita.