Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 31 Disember 2012

PENYELEWENGAN KEWANGAN


                        
Apabila anda melabur wang hasil titik peluh, anda harus berwaspada daripada terlibat dalam skim cepat kaya. Skim ini kononnya menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah dan hanya memerlukan sedikit kemahiran, masa serta usaha untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, dan beroleh kekayaan dengan hanya bekerja dari rumah.

Skim cepat kaya ini selalu diiklankan dalam majalah dan akhbar, manakala skim haram selalunya dipromosikan menggunakan Internet melalui spam dan e-mel, serta ditawarkan melalui panggilan rawak dan sms.

Ciri-ciri skim ini termasuklah:

• Menjanjikan pulangan tinggi sebanyak 20-30% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah.
• Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad, jadi anda diminta menyertainya dengan segera.
• Skim itu berasal dari negara luar dan siasatan tidak boleh dibuat atas pejabatnya atau statusnya tidak boleh dipastikan melalui laman web badan pengawal selia negara tersebut.
• Anda diminta memberi maklumat sulit seperti nombor bank akaun anda.

Ahad, 30 Disember 2012

Misi Sampaikan Bantuan GAZA


ehsan : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4751-gaza-misi-muslim-care-berjaya-sampaikan-bantuan

Gaza: Misi Muslim Care berjaya sampaikan bantuan

Harakahdaily,06 Ogs 2011
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: 

Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011. Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.
  

































Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari 
Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.


Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu. Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza. Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini. Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel.

(Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis)

Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun. Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut. Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut. Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care.

Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza. Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin. Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak. Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin.

Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya. Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina)  5644-902-111-59.

Sabtu, 29 Disember 2012

Lain jenis pelaburan



                                               
Jenis-jenis pelaburan yang lain adalah:

Bon: Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda ‘meminjamkan’ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust ‑ REIT) : Ini sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Jumaat, 28 Disember 2012

Hartanah


                                  
Rakyat Malaysia memang sudah biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan hartanah menawarkan nilai dalam dua cara:

• Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa apabila harga rumah dan tanah meningkat.

• Anda dapat memperoleh pendapatan hasil penyewaan.

Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya.

Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang :
• tidak memerlukan wang ‘kecemasan’.
• mempunyai pelaburan jangka masa panjang.

• berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat atau jika hartanah itu tidak disewa.

Khamis, 27 Disember 2012

Dana amanah saham



Dalam amanah saham, wang daripada ramai pelabur individu akan disatukan untuk membeli beberapa kelas asset yang berlainan, dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik.

Setiap pelabur akan menerima ‘unit’ dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.

Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang :

• baru dalam bidang pelaburan.

• bersedia mendapatkan khidmat pengurus professional untuk membuat pilihan pelaburan.

• mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa).

• mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

Rabu, 26 Disember 2012

Saham


       
Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya.

Saham di dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua cara utama:
• Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga meningkat.

• Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran agihan pendapatan. Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh. Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang ingin membina asas simpanan bagi matlamat kewangan jangka masa sederhana dan panjang.

• mempunyai rangka masa pelaburan yang lebih panjang

• selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan dalam jangka masa pendek, sebagai gentian untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan dividen dan pertumbuhan modal).

Selasa, 25 Disember 2012

JENIS-JENIS PELABURAN



Berikut adalah beberapa jenis pelaburan yang biasa terdapat di pasaran kewangan. Pelaburan tunai dan faedah tetap. Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia, yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap.

Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ianya terjamin. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda.

Bagi kebanyakan pelabur, produk faedah tetap dan tunai adalah sesuai untuk:
• digunakan sebagai akaun transaksi.
• menyimpan wang bagi perbelanjaan jangka masa pendek dan kecemasaan.
• simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.

Isnin, 24 Disember 2012

Jangan letakkan semua telur di dalam satu bakul

                           


Apakah akan terjadi apabila seseorang itu meletakkan semua telur di dalam satu bakul dan bakul itu terjatuh? Kemungkinan besar semua telur akan pecah. Seperti juga dengan pelaburan anda, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Meletakkan wang anda dalam pelbagai pelaburan merupakan tindakan yang bijak. Dalam erti kata lain, buat perancangan untuk pelaburan yang seimbang. Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Apabila berbuat sedemikian, anda berkemungkinan memperoleh manfaat daripada pelaburan tersebut sambil mengurangkan risiko kehilangan wang anda.

Cara anda melabur bergantung kepada profil pelaburan,iaitu sama ada anda seorang pelabur yang agresif, sederhana ataupun konservatif. Kebanyakan orang berada di pertengahan profil tersebut. Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap seperti simpanan tetap. Jumlah yang diagihkan kepada kelas aset boleh dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti. 

Sekiranya anda pelabur yang agresif, anda mungkin akan melabur dalam pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham. Tetapi sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda mungkin mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang agresif seperti bon dan simpanan tetap. Tiada dua pelabur yang bersependapat! Cuma anda seorang sahaja yang boleh membuat keputusan tentang pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak wang simpanan yang akan dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran.

Ahad, 23 Disember 2012

Manusia hebat-Nicholas James Vujicic


Nicholas James Vujicic (born 4 December 1982) is a Serbian Australian evangelist andmotivational speaker born with tetra-amelia syndrome, a rare disorder characterised by the absence of all four limbs. As a child, he struggled mentally and emotionally as well as physically, but eventually came to terms with his disability and, at the age of seventeen, started his own non-profit organization, Life Without Limbs. Vujicic presents motivational speeches worldwide, on life with a disability, hope and finding meaning in life. He also speaks about his belief that God can use any willing heart to do his work and that God is big enough to overcome any and all disabilities.

Sabtu, 22 Disember 2012

Risiko dan pulangan pelaburan


                                 

Menyimpan wang di dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedah) adalah rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut. Dengan menyimpan wang di dalam akaun simpanan atau simpanan tetap sahaja anda mungkin tidak dapat membina kekayaan secepat yang diinginkan. Sungguhpun pelaburan lain dapat memberi pulangan yang lebih baik, ianya mempunyai risiko yang lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan nilainya. Sebagai contoh, jika anda melabur wang dalam pasaran saham, anda menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding menyimpannya di dalam akaun simpanan. Harga saham yang turun naik bergantung kepada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham syarikat pada harga RM5 sesaham, tetapi harga tersebut mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2.

Apabila melaburkan wang, kita sememangnya mengharapkan pulangan. Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan. Jika membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%. Pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti fi guaman, komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin tinggi risikonya.

Jumaat, 21 Disember 2012

MENAMBAHKAN NILAI HARTA BERSIH ANDA

Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai harta bersih anda, yang telah dibincangkan dalam topik yang lepas. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai harta bersih anda, yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti melebihi nilai aset).

Kali ini kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan dan pelaburan.

Matlamat pelaburan anda

                            

Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat demikian? Mudah saja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Bagaimana menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu difikirkan sebelum keputusan pelaburan dibuat. Mari kita kaji soalan-soalan di bawah:
• Apakah matlamat kewangan anda? Kenapakah perlu menyimpan dan melabur wang?
• Berapakah jumlah wang yang perlu disimpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu
dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
• Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat tersebut?
• Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?
• Berapa banyak pulangan yang dijangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?
• Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.

Anda hendaklah bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai. Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda munasabah serta boleh dicapai.